Thursday, December 12, 2024
HomeDuniaMenteri Pertahanan Malaysia Hadiri Majlis Perjumpaan dan Berbuka Puasa dengan PPV ATM

Menteri Pertahanan Malaysia Hadiri Majlis Perjumpaan dan Berbuka Puasa dengan PPV ATM

sekbernews.id – KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Pertahanan, YB. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menghadiri Majlis Perjumpaan, Berbuka Puasa dan Ramah Mesra bersama Persatuan-Persatuan Veteran ATM bertempat di Wisma Perwira ATM Kuala Lumpur ,Senin 18 April 2022.

Dalam majlis ini turut diadakan sesi dialog bersama 80 Persatuan-persatuan Veteran ATM dari seluruh negara yang bertujuan untuk mendapatkan input daripada veteran ATM mengenai permasalahan yang timbul dalam menjaga kebajikan persatuan dan ahli. Selain itu, ia juga bagi memberi penerangan kepada semua ahli persatuan Veteran ATM berkaitan hala tuju persatuan dalam menjaga kebajikan ahli, membentuk jaringan kerjasama strategik antara persatuan dan Jabatan serta melahirkan persatuan veteran yang dinamik.

Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan sentiasa berusaha untuk mencari inisiatif baru dalam usaha memperkasakan warga Veteran ATM dan akan terus membuat penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti hidup warga Veteran ATM.

Dari tahun 2020 sehingga kini, anggaran jumlah keseluruhan bantuan kebajikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah sebanyak RM427,034,899.64 juta.

Antara usaha-usaha terkini yang telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk Veteran ATM adalah bantuan keuangan oleh pihak Kerajaan, bantuan kewangan oleh Yayasan Veteran ATM, bantuan pengagihan kotak makan semasa pandemik Covid-19, Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM, serta Program Cakna Veteran ATM.

Duljanihttp://sekbernews.id
Redaktur yang menulis,mengedit,dan menerbitkan artikel berbagai topik di Sekbernews.id.
Berita Terkait

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

terbaru